Iftar Ramadhan di WTCKL Bertemakan ‘Nostalgia Senja’

0

Terdapat lebih 300 menu yang bakal di sajikan kepada pelanggan sepanjang iftar Ramadhan bagi tahun 2023. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mengundang orang ramai untuk mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di kampung dengan hidangan bufet meliputi lebih 300 juadah bertemakan Aneka Selera Desa pada Ramadan ini.

Diadakan di Legar Putra WTCKL, bermula 27 Mac hingga 20 April ini dari pukul 6 petang hingga 10 malam, bufet tersebut ditawarkan pada harga RM138 bagi seorang dewasa dan RM69 bagi warga emas serta kanak-kanak (berumur tujuh hingga 12 tahun).

Turut tersedia kemudahan menunaikan solat maghrib, isyak berserta tarawih di Surau Ar-Rahman terletak di Aras 3 yang selesa, berhawa dingin dan mampu memuatkan 100 jemaah dalam satu masa.

Suzaini Mohamed Salih selaku Eksekutif Chef di WTCKL berkata,  untuk tahun ini, mereka akan tampil dengan tema ‘Nostalgia Senja’ dan akan menyediakan pilihan menu istimewa dengan lima giliran berbeza setiap minggu.

“Selain itu, para tetamu boleh menikmati  lebih 90 peratus hidangan klasik melayu dan 1 menu western serta 1 menu masakan cina. Kami juga menyediakan 14 buah stall yang turut merangkumi menu lain seperti nasi dagang dan nasi kerabu yang akan bergilir”, ujarnya

“Jika sebelum ini, kami hanya menyediakan 50 peratus hingga 70 peartus masakan melayu tetapi untuk kali ini kami memilih untuk menyediakan lebih 90 peratus masakan melayu kerana ianya adalah berdasarkan daripada komen serta permintaan pelanggan”, tambahnya.

Chef Suzaini Mohamed Salih ( Executive Chef) dan Chef Mohazam Ahmad (Senior Sours Chef) berharap jumlah kehadiran pelanggan melebihi jangkaan mereka untuk tahun ini. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Senior Souts Chef Mohazam Ahmad pula menjelaskan bahawa menu-menu yang menjadi permintaan pelanggan adalah seperti siput sedut, kambing pasma dan patin tempoyak yang menjadi kemestian bagi pelanggan melayu khususnya.

“Terdapat juga ulam-ulaman Melayu seperti daun Ceylon, ulam raja, petai, daun pegaga, jering, terung pipit, jantung pisang, pucuk ubi, tenggek burung, daun gajus, tujuh jenis kerabu serta kambing golek berempah yang menjadi signature WTCKL”, ujarnya.

Meskipun permintaan terhadap menu yang berinspirasikan kambing tinggi, pihak WTCKL tidak lupa pada menu-menu tradisi malah terdapat lebih 300 menu yang bakal di sajikan kepada pelanggan sepanjang iftar Ramadhan bagi tahun 2023.

“Tahun ini, kami masih bekerjasama dengan Nasi Kandar Saddam yang popular di ibu kota menyajikan hidangan nasi kandar,” katanya pada sesi liputan media juadah Ramadan yang diadakan baru-baru ini.

“Tahun ini, kami masih bekerjasama dengan Nasi Kandar Saddam yang popular di ibu kota menyajikan hidangan nasi kandar”..ujar Chef Suzaini. Foto: Azuddin Ahmad Zin.

Pelanggan juga boleh membawa pulang hidangan untuk kegunaan bersahur menggunakan mangkuk tingkat edisi terhad yang dijual pada harga RM60.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *